Kalau hati dah suka
Every girl wants you to be her man
But I'll wait my dear 'til it's my turn
I'm not the kinda girl
Who gives up just like that : Atomic Kitten
Kalau hati sudah suka, LELAKI SANGGUP LAKUKAN APA SAJA.
Untuk menarik perhatian wanita, lelaki sanggup melakukan apa saja. Bagi seorang lelaki. Bukan mudah untuk menambat minat seorang wanita. Perjuangan untuk mencuri perhatian daripada seorang wanita diibaratkan seperti berjuang di medan perang.
Mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang bukan menjadi kebiasaan dalam hidup mereka. Malahan apa yg lebih memeranjatkan ialah apabila mereka sanggup menipu semata-mata untuk memperoleh perhatian daripada wanita yang telah berjaya mencuti hati mereka. Di bawah ini disenaraikan kriteria-kriteria lelaki yg mungkin biasanya kedapatan pada seorang insan bergelar lelaki.
LELAKI IDAMAN – Lelaki jenis ini akan berusaha mendapatkan perhatian wanita. Biasanya seorang wanita tidak menyedari bahawa dirinya telah ‘terjerat’ oleh rayuan dan dambaan ‘lelaki idaman’ ini. Akibatnya, setelah pertemuan beberapa kali, ramai wanita merasakan adanya perubahan pd pasangannya dan mereka mula merasakan sifat sebenar lelaki itu. “Mengapa dia tidak seperti dahulu. Mengapa dia sudah berubah?”. Mungkin soalan-soalan begini akan bermain di kotak fikiran kaum wanita ketika itu.
MR. RICH – Dgn bangganya, lelaki jenis ini menceritakan perihal ketika di pejabat mereka bekerja. Tidak kurang juga menceritakan ttg kelompok kakitangan dan gaji mereka. Ada yg lebih teruk, apabila mereka dengan megahnya menyebut harga kereta mereka yang ‘kebetulan’ BMW keluaran terbaru. Padahal belum tentu itu semua milik mereka. Wanita harus berhati-hati dengan lelaki jenis ini kerana sasaran utama lelaki ini adalah wanita jelita dan bekerjaya. Awas!
LELAKI MALANG - Mencari perhatian dengan berlagak seperti anak ayam kehilangan ibu merupakan salah satu penipuan yg sering dilakukan oleh lekai untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita. Mereka memang sengaja ‘memasang’ muka sedih, dan menceritakan penderitaan hidup mereka. Pendek kata, mereka memanfaatkan naluri keibuan wanita untuk memperoleh simpati dan perhatian.
LELAKI YG MUDAH SIMPATI DAN MURAH HATI – Mereka sering menghujani wanita dengan kata-kata pujian dan hadiah yang menjadi kesukaan wanita. Mereka tahu pasti wanita selalu mengharapkan hadiah-hadiah seperti itu. Sebaiknya, jangan langsung percaya apabila ada lelaki yang tiba-tiba ingin menghulurkan bantuan sedangkan mereka tidak pernah mengenali wanita tersebut.
PENCINTA PERSAHABATAN – Ramai lelaki mengaku hanya ingin menjadi teman rapat dengan seorang wanita. Tetapi biasanya agak sukar sesuatu hubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita tidak akan didasari dengan perasaan cinta. Kebanyakan lelaki menjadikan persahabatan yang dijalinkan itu sebagai batu loncatan untuk meraih perhatian daripada wanita. Maka tidak hairanlah jika persahabatan yang dijalinkan antara wanita dengan lelaki akan bertukar menjadi perhubungan sepasang kekasih.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home