Free JavaScripts provided

Monday, October 31, 2005

KEHEBATAN PEREMPUAN/WANITA

* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Wallahu A’lam…

Zodiak & Haiwan

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober

ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilanyang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap muyang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati danbijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usiamahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada dirikamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranyakamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakansesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas padaindividu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebihgemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atauberbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlaluberhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyataindividu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapasahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceriaitu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkanikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu darikategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diriwalau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yanggemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagikamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria'.Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dansentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walaubagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang seringberubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hatiketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan denganpelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamusesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu.Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yangdiberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harusdikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarikperhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalamkelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasaberasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai temandan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujudsecara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabatdengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru sabanhari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, adasesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu seringmenilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsipemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang temanyang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategoriindividu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya darikalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikapmenyendiri dalam kehidupan harian mu.