Free JavaScripts provided
    
  
  
  
  
     
    
	 
    
	 Kepercayaan pada nasib oleh orang cina
    
	 
    
    
      
      
- Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
 - Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
 - Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda ada(masa).
 - Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah. 
 - Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya. 
 - Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. 
 - Percayailah cinta pandang pertama. 
 - Usah tertawakan impan orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. 
 - Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. 
 - Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 
 - Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. 
 - Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 
 - Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?” 
 - Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar. 
 - Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin. 
 - Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. 
 - Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.  - Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. 
 - Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu. 
 - Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. 
 - Ada ketikanya anda perlu bersendirian. 
 
    
     
    
   
  
  
  
 
  
  
  
  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home